RAWATAN SEFT

 

SEFT® adalah salah satu rawatan & Teknik pembangunan diri alternatif tanpa menggunakan ubat-ubatan moden, yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & universal.

Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT® adalah:

1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer

 

SEFT® dapat digunakan untuk:
• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan “SEFT for Peak Performance”
• Meningkatkan keberuntungan dengan “The Luck Factor”
• Meraih apa yang kita inginkan dengan “Deep SEFT”
• Mencapai “Total Success” dengan “The Holistic Person Empowerment System”
• Meraih kedamaian hati dengan “Personal Peace Procedure”
• Meraih kebahagiaan dengan “LoGOS Spirit”

 

SEFT® merupakan penggabungan antara spiritualiti (melalui doa, keikhlasan, dan kepasrahan) dan Energy Psychology. Teknik ini telah dibuktikan oleh pelbagai kajian-kajian ilmiah. Tidak ada unsur ‘supranatural’ atau klinikal dalam SEFT®.

 

SEFT® dikembangkan daripada Emotional Freedom Technique (EFT™), oleh Gary Craig (USA), yang sekarang sangat popular di Amerika, Eropah, & Australia sebagai penyelesaian tercepat & termudah untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, dan emosi, serta untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Hingga kini, EFT telah digunakan oleh lebih daripada 100000 orang di seluruh dunia.

 

KEUNIKAN SEFT

• Efektif, mampu menyelesaikan pelbagai masalah fizikal dan emosi, bahkan untuk beberapa masalah yang tidak ada harapan lagi oleh doktor.
• Ilmiah, telah dibuktikan oleh puluhan penelitian dan digunakan oleh lebih daripada 100000 orang di seluruh dunia.
• Mudah, semua orang, bahkan kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia boleh melakukannya.
• Cepat, hanya memerlukan masa 5 – 50 minit. Kebiasaannya sudah dapat terasa tahap keberkesanan dalam masa lebih kurang 15 minit.
• Aman, tanpa kesan sampingan, kerana tidak menggunakan ubat-ubatan, alat-alat khusus, atau teknik yang berisiko.
• Murah, sekali belajar dapat digunakan selamanya.
• Independent, tidak bergantung kepada trainer mahupun terapis, setiap orang boleh melakukannya sendiri bahkan boleh membantu orang lain.
• Universal, dapat digunakan untuk pelbagai masalah dan dapat dipraktikkan oleh semua tidak kira apapun latar belakang orang tersebut.
• Compatible, dapat digabungkan dengan teknik-teknik lain dan dapat meningkatkan keberkesanan teknik-teknik tersebut.