MATLAMAT  PROGRAM PROMIND

1. Melahirkan masyarakat yang sihat fizikal, mental dan emosi dalam memenuhi tujuan hidup yang lebih bermakna agar dapat  mencapai hasrat masing-masing.
2. Memberi kesedaran bahawa kepintaran minda itu adalah suatu keperluan penting dalam menghadapi  cabaran kehidupan seharian dan mendatang.
3. Memberi kesedaran bahawa kepintaran/kecerdasan minda (IQ) dan kestabilan emosi(EQ), serta akhlak(SQ) itu adalah harus sentiasa ditingkatkan untuk diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat.
4. Membantu peserta menikmati hidup yang lebih pintar, sihat dan selesa disamping dapat menjana pendapatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga.

 

PROMIND2U.COM

BIODATA PENGASAS

PhD, MD(HOM), Msc. HRM,  ADH(FHM),

Dip. Accupt.(FHM), Dip. Iridology, Dip. TCM,

Advance Dip. HRM,Certified Trainer (PSMB)

Certified Mind Power Instructor, REIKI Master & SEFTer

SEFT Practitioner, Certified Master Hypnotist (CMH)

Licensed Grand Master Hypnotist (GMH),NLP Practitioner

DR YUSOF RABU merupakan seorang Jurulatih Bertauliah dari PSMB dan memegang Ph.D daripada OIUCM di dalam bidang Perubatan Komplimentari dan Sarjana Sains Pengurusan Sumber Manusia.
Telah berkhidmat di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam, pengurusan dan perkilangan di beberapa syarikat multi-nasional selama lebih dari 18 tahun, yang di antaranya termasuklah Sony, Motorolla dan JVC.

Di dalam bidang latihan, Dr Yusof telah melatih ramai pekerja daripada pelbagai peringkat samada di sektor awam mahupun swasta. Antaranya ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis-Majlis Daerah, Pejabat-Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, FELDA, RISDA, Institut Perakaunan Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Psikologi dan Kaunseling), Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Negeri Selangor, PDRM (BAKA), MRSM, Canon, Panasonic, Ryoka, Sarawak Plantations Berhad Group dan banyak lagi.

Di dalam bidang perubatan holistik, Dr Yusof memegang Ijazah Kedoktoran Homeopati, Diploma Iridologi, Diploma Akupuntur dan Diploma Perubatan Warna (Total Colour Medicine). Selain daripada itu, beliau juga merupakan Jurulatih Bertauliah di dalam Minda Perkasa,“Neo Hypnotist Training” (CMH) dan juga merupakan seorang REIKI Master dan Pengamal NLP.

Beliau juga telah berjaya mempersijilkan beberapa Majlis Daerah dengan Sijil Pengiktirafan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S) daripada MPC. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar, penyedia dan pemeriksa soalan PTK (LGM).

Beliau telah membangunkan banyak modul pengajaran dan mendapat ilmu pengetahuan melalui pengalaman hands-on di mana beliau telah terlibat secara langsung di dalam Kemahiran Kepimpinan, Semangat Kerja Berpasukan,KPI, 5S, KAIZEN, GEMBA KAIZEN, QCC, ICC, Kemahiran Penyelesaian Masalah, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Sumber Manusia,Pengurusan Stress, TWIJI (Training Within Industrial Work Instruction), Motivasi, Alam Sekitar, Produktiviti dan Kualiti dll. Beliau juga merupakan seorang Auditor Bertauliah untuk ISO 9001 dan EMS 14001.

Melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang luas di dalam pengurusan, perkilangan mahupun perubatan holistik, Dr Yusof dapat menerapkan ilmu-ilmu dan pendekatan baru yang praktikal dan berkesan di dalam motivasi, kepimpinan dan sebagainya.

Keahlian Profesional :

Doktor Perubatan Homeopati (3244/95)

Ahli Persatuan Pengamal Homeopati Malaysia

Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (0367)

Ahli PPIIPBM/0424/09 (Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia)

Ahli Pesatuan Kaunseling Pendidikan Malaysia (PEKA) ahli seumur hidup.

AJK PERSATUAN BEKAS PEGAWAI PENJARA MALAYSIA (B3258)

 

 

Pusat Perubatan & Rawatan : 

Online Shop @ Shopee

 

Temuramah Jemputan @ BERNAMA RADIO berkenaan SEFT