Soalan-soalan yang kerapkali ditanya oleh para pengguna mengenai ProMind

SOALAN-SOALAN UMUM


1. Adakah perniagaan ini merupakan perniagaan MLM, Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim Cepat Kaya?

Bukan. Program ProMind adalah perniagaan secara  E-commerce. Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap. ProMind Solutions  menawarkan insentif kepada pembeli kami. Tiada pendapatan tetap, segalanya bergantung kepada usaha dan strategi masing-masing.


2. Mengapakan ProMind Solutions tidak menjual secara terus produk tersebut kepada pelanggan, sebaliknya melantik Peserta Premium ?

Kaedah penjualan secara berkongsi keuntungan adalah kaedah yang amat praktikal di zaman sekarang. Memberi peluang kepada pengguna untuk menjana pendapatan ke-2  disamping mendapat Produk, Rawatan dan Latihan yang berkualiti.


3. Kenapa diberi komisyen?

Jika kami ingin iklankan produk kami di TV atau Surat Khabar / Majalah, kos pengiklanan adalah mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi dengan mengadakan Program ProMind, ANDA sebagai Peserta membantu kami untuk mempromosikan Produk dan Servis kami, kami agihkan kos promosi kepada ANDA atas setiap jualan melalui laman web promosi ANDA.


4. Saya berminat menyertai program ini, apakah yang perlu saya lakukan?

ANDA perlu lakukan 4 perkara iaitu :

1. Daftar (PERCUMA) dan pilih nama yang sesuai.

2. Buat pembayaran untuk Produk atau Servis pilihan Anda.

3. SMS atau Whatsapp info pembayaran kepada Admin.

4. Promosi website ANDA (Promind2u.com/Anda) sehingga dapat menaja sekurang-kurangnya 6 peserta dalam masa sebulan. Jika perkara ini dapat dilaksanakan ANDA berpotensi mendapat RM7,740.00 dalam masa 4 bulan.

 

5. Bagaimana saya hendak mengaktifkan Premium Member?

Lakukan pembayaran dan SMS atau Whatapps  kepada Admin  012-256 9759  info berikut:

<PAY>< USERNAME-ANDA ><PREMIUM><TARIKH & MASA>

Sertakan Slip Bank sebagai Bukti Bayaran

Admin akan aktifkan ANDA setelah pengesahan bayaran diterima.


6. Bolehkah saya menyertai Program ProMind tanpa buat Belian?
 

Semestinya BOLEH, Anda perlu REGISTER PERCUMA untuk mendapat ProMind Akaun atas nama Anda.
Sponsor Bonus dibayar untuk Premium Member yang  menyertai Program ProMind melalui Anda.

 

7. Bagaimana saya hendak memindahkan wang dari eWallet ke akaun bank saya?

Pertama sekali, ANDA perlu mempunyai akaun bank di mana-mana bank utama di Malaysia seperti Maybank, CIMB dan sebagainya.ANDA hendaklah mengisi semua maklumat pada borang withdraw. Semua permintaan pengeluaran wang dari E-wallet ke akaun bank akan dibayar setiap SELASA.
 

8. Bagaimana saya memperolehi produk ProMind?
 

   a) Produk akan dipos ke alamat ANDA tanpa kos tambahan, sila pastikan ANDA melengkapkan alamat pos termasuk poskod sekali.

   b) Produk juga boleh diperolehi melalui Peserta Super Premium yang berdaftar dengan Promind Solutions.

   c) Untuk Servis seperti Rawatan atau Kursus, E-Ticket akan dihantar kepada Anda melalui Email atau Whatsapp. Tunjukkan E-Ticket pada masa Rawatan atau Kursus nanti. 

 

9. Boleh tak saya membuka lebih dari 1 ProMind Akaun?

Kami tidak menghalang anda untuk membuka lebih dari 1 akaun. ANDA hanya perlu mempunyai username yang berbeza bagi setiap akaun dan ANDA boleh memilih salah satu dari  Produk atau Servis ProMind. Buat pembayaran seperti biasa. Pastikan PENAJA adalah username ANDA yang awal. Maksudnya, ANDA menaja diri ANDA sendiri. Oleh itu, ANDA akan mendapat Sponsor Bonus (RM10.00).
 

10. Jika saya telah membuat belian, perlukah saya membeli ulangan setiap bulan?

Kami TIDAK mensyaratkan pembelian ulangan "maintain" setiap bulan untuk ANDA mendapat komisyen. Jika ANDA ingin membeli lagi disebabkan keberkesanan Produk atau Servis Kami, ANDA hanya perlu membuka akaun (unit) baru, seperti yang ANDA lakukan kali pertama itu.
Unit tersebut akan tersusun di dalam Group ANDA secara auto. Jika setiap orang dalam group ANDA melakukan perkara yang sama, maka group ANDA pastinya akan cepat berkembang.

11. Adakah ProMind memberi jaminan bahawa saya akan mendapat pendapatan seperti ilustrasi yang dinyatakan?
 

TIDAK. Ini bergantung kepada usaha ANDA mempromosikan program ini kepada seberapa ramai kenalan ANDA atau sesiapa saja. Namun ANDA juga berpeluang untuk mendapat pendapatan tersebut dengan adanya sistem auto-placement ProMind.
 

12. Bagaimana untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang banyak?

Mudah sahaja. Iklankan URL link ANDA ke serata tempat  dengan pelbagai kaedah. Sebagai contoh, pernah tak ANDA mendapat flyers kecil di kereta, ataupun, e-mel yang mengajak ANDA menyertai sesuatu? Itu merupakan salah satu contoh yang boleh ANDA lakukan. Ini kerana, daripada kajian yang kami jalankan, daripada 100 e-mel yang dihantar, sekurang-kurangnya10 orang akan menyertai program ini iaitu, 10% penyertaan daripada 100%. Jadi, hantarkan kepada 1000 e-mel, dan 100 penyertaan mungkin milik ANDA! Selain itu, ANDA juga boleh menggunakan iklan di akhbar.
 

13. Bagaimana sekiranya saya ingin berjumpa SECARA TERUS untuk urusan pembelian?

ProMind mengendalikan Weekly ProMind Preview, pada setiap hari Selasa (9:00 Malam), Anda dijemput ke sana untuk urusan pembelian terus.

 Alamat :-

    ProMind Training Centre
    No.25 Jalan BM 4/3, Bandar
    Bukit Mahkota, Bangi 43000 Selangor D.E


14. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan yang lain, di mana saya boleh hubungi?

ANDA bolehlah berhubung terus dengan Admin melalui Whatsapp
 

  •  Dr. Yusof)  (012-2569759) - Produk, Rawatan dan Kursus
     
  •  Mazlan (011-36125182)  - Web Promosi, Back Office dan Affliate Insentif

 

15. Adakah syarikat berdaftar dengan SSM?

Ya, Pro Mind Solutions PLT berdaftar dengan SSM untuk urusniaga secara online dan offline. Kami telah berdaftar sejak tahun 2005 lagi dan kami banyak menjual produk-produk secara online.


 

SOALAN-SOALAN BERKAITAN DENGAN PRODUK HOMEOPATHY


1. Bolehkah anak saya makan ubat lain seperti vitamin dan ubatan lain?

Boleh diambil bersama cuma perlu dijarakkan pengambilan ubat tersebut selang 30 minit.


2. Adakah terdapat kesan negatif ?

Bagi pelajar yang tiada sebarang penyakit, tidak akan timbul sebarang kesan negatif. Bagi pelajar yang mempunyai penyakit pula, kesan pemulihan bersifat sementara mungkin berlaku seperti mengantuk,sakit kepala atau muntah. Dinasihatkan berhenti pengambilan selama 3 hari dan ulang semula pengambilan. Sekiranya masih timbul masalah, sila rujuk kepada Dr.Yusof untuk nasihat lanjut.


3. Berapa lama kita boleh melihat kesan ubat tersebut?

Bergantung kepada faktor kesihatan individu, pemakanan dan disiplin pengambilan ubat. Puratanya dalam masa 3 bulan.


4. Kenapa kena berhenti sebulan selepas 3 bulan makan ubat?

Memberikan masa kepada otak untuk adaptasi selepas dijana secara aktif selama 3 bulan disamping mengelakkan masalah bergantung kepada ubat  (drug dependency).


5. Apa beza ubat Brain Active dengan ubat IQ homeopati yang lain?

Brain Active menepati preskripsi homeopati tulen iaitu pemberian ubat mestilah secara penawar tunggal (Law of Single Remedy). Produk homeopati yang lain menggunakan kombinasi ubat yang diragui ketepatan dos dan indikasi. Disamping itu, Brain Active  menawarkan formula berasingan sesuai dengan peringkat perkembangan minda berasaskan umur kerana terdapat perbezaan perkembangan minda  daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa.